ISU DAN CABARAN PERKEMBANGAN TAMADUN ISLAM

Get Started. It's Free
or sign up with your email address
ISU DAN CABARAN PERKEMBANGAN TAMADUN ISLAM by Mind Map: ISU DAN CABARAN PERKEMBANGAN TAMADUN ISLAM

1. POLITIK

1.1. Pertubuhan serta persatuan dalam kalangan negara Islam seperti OIC tidak mampu menangani masalah umat Islam di seluruh dunia.

1.1.1. penyelesaian : Pertubuhan serta persatuan dalam kalangan negara Islam seperti OIC hendaklah lebih berusaha bagi menangani masalah umat Islam di seluruh dunia.

1.2. Sistem politik demokrasi ala Barat berjaya mengambil alih sistem politik feudal tradisional.

1.2.1. penyelesaian : Walaupun sistem politik dunia dikuasai oleh Barat , budaya Islam masih lagi perlu diterapkan dalam kalangan masyarakat.

1.3. Barat menyebarkan pengaruh melalui media massa yang dikuasai oleh mereka.

1.3.1. penyelesaian : Orang Islam hendaklah gigih berdakwah bagi menyebarkan agama Islam serta menunjukkan sikap yang mulia supaya memberi tanggapan yang baik terhadap orang bukan Islam.

2. SOSIAL

2.1. Golangan remaja mudah terpengaruh dengan budaya Barat.

2.1.1. penyelesaian : Golongan remaja perlu didedahkan dengan didikan agama oleh keluarga sejak kecil lagi bagi mengelakkan mereka terpengaruh dengan budaya Barat.

2.2. Masalah sosial sukar dibendung kerana tidak mempunyai jati diri serta pegangan agama Islam yang kukuh.

2.2.1. penyelesaian : Umat Islam hendaklah bertaqwa terhadap Allah S.W.T bagi meningkatkan keimanan dalam diri .

2.3. Barat mengeksport cara hidup sosial yang bebas iaitu bertentangan dengan pegangan agama seperti hedonistic , pornografi dan kebebasan tanpa batas.

2.3.1. penyelesaian: Umat Islam hendaklah mempunyai keimanan yang teguh dalam diri serta mampu melawan hawa nafsu agar tidak terjebak dalam cara hidup sosial yang bebas seperti hedonistic , pornografi dan kebebasan tanpa batas.

3. EKONOMI

3.1. Mensia-siakan peluang ekonomi , misalnya membiarkan bank-bank utama dunia mulai menguasai sektor perbankan Islam.

3.1.1. penyelesaian : Sektor perbankan Islam hendaklah merebut peluang agar setanding dengan bank-bank utama dunia . Hal ini bertujuan untuk meningkat ekonomi Islam di mata dunia.

3.2. Negara-negara Islam juga lemah dari segi penguasaan ekonomi dunia kerana dimonopoli oleh negara Barat.

3.2.1. penyelesaian : Negara-negara Islam perlu menonjolkan diri dalam penguasaan ekonomi dunia agar tidak tersisih disebabkan oleh monopoli negara Barat

3.3. Orang Islam masih lagi mengalami kemiskinan dan pengangguran kerana orang Barat lebih diberi tumpuan dalam ekonomi dunia sekaligus menjadikan ekonomi Islam semakin tersisih .

3.3.1. penyelesaian: Orang islam perlu merebut peluang pekerjaan serta mahir dalam perniagaan agar kemiskinan dan pengangguran dapat dibendung.

4. ISLAMOFOBIA

4.1. Penyebaran berita negatif tentang Islam kepada masyarakat bukan Islam menyebabkan mereka mula bersifat prejudis pada Islam dan penganutnya.

4.1.1. penyelesaian : Sebagai umat Islam kita hendaklah berusaha untuk menghentikan penyebaran berita negatif terhadap Islam iaitu dengan menafikannya dan menunjukkan nilai Islam yang sebenar.

4.2. Mengalami kesulitan dan kesukaran untuk menyebarkan ajaran Islam kerana mentaliti masyarakat sudah berubah sedikit demi sedikit tentang ajaran Islam yang sebenar.

4.2.1. Penyelesaian : Umat Islam perlu mengubah mentaliti masyarakat yang sudah berubah sedikit sebanyak dari ajaran Islam yang sebenar dengan berbalik semula kepada ajaran Al-Quran dan As-Sunnah.

4.3. Masyarakat bukan Islam menggelar Islam sebagai pengganas atau dikenali sebagai terrorists.Hukum hudud disalah anggap sebagai hukuman yang bercanggah dengan hak asasi manusia serta laungan azan dan bacaan Al-Quran dari masjid-masjid dianggap menggangu kententeraman awam.

4.3.1. penyelesaian :Umat Islam hendak membuktikan bahawa hukum Islam bukannya bertujuan untuk menyeksa manusia tetapi untuk memberi pengajaran agar tidak melakukan kesalahan itu lagi . Ini adalah untuk mendidik umat Islam agar takut untuk mencuri kerana ianya adalah perbuatan yang mendatangkan dosa besar seperti yang telah disebutkan di dalam Al-Quran.